MY PICTURE

ABOUT ME

My photo
MUAR, JOHOR, Malaysia
My nick name : BEE,

Wednesday, February 29, 2012

Tentang Diri Aku....



Tentang diri aku....nama aku.. Tapi aku lebih suka org panggil aku BEE sebab ada satu peristiwa masa aku kecik aku di panggil BEE.. Aku ni ter sangat-sangat la sensitive.. Kisah tentang hidup dan diri aku ni terlalu rahsia.. Aku bukan mudah nak lupakan orang yang aku sayang... Aku bukan jenis yang touch and go.. Aku bukan macam tu , Sekali aku dah sayang kat orang tu selama-lamanya aku sayang.. Tapi Tuhan tidak menjanjikan hari-hari aku tanpa sakit , tertawa tanpa kesedihan , matahari tanpa hujan tetapi dia menjanjikan kekuatan untuk hari itu ,dan kebahagiaan untuk air mata dan terang dalam perjalanan.. Kekecewaan bagai polisi tidur , ini akan melambatkan tetapi aku akur dan selanjutnya akan menikmati jalan rata.. Akan ku teruskan melangkah ketika aku kecewa kerana aku tidak memperolehi apa yang aku kehendaki , Aku terima dan bergembir walaupun aku di dalam kekalutan , kerana aku yakin tuhan sedang memikirkan sesuatu yang lebih baik untuk diri ku..Saat terjadi atau berlaku sesuatu pada aku , baik atau buruk , di pertimbangkanlah hikmah di sebaliknya. Ada suatu hikmah di sebalik setiap kejadian dalam kehidupan , yang mengajar aku bagaimana lebih sering kali tertawa atau tidak terlalu keras menangis.. Aku tidak boleh memaksa seseorang mencintai aku ,dan apa yang dapat aku lakukan hanyalah membiarkan diri aku untuk dicintai , selebihnya ada pada orang itu untuk menilai diri aku.. Lebih baik kehilangan harga diri kepada orang yang mencintai aku daripada kehilangan orang yang aku cintai kerana harga diri aku.. Banyak yang perlu aku belajar tentang ape itu erti hidup?.. Belajar mengenal manusia dan sekali gus mengenali kehidupan.. Dan ape yang aku cari dalam kehidupan.. Emmm.. Memang mudah tapi terlalu mendalam makna sesebuah kehidupan itu.. Dan perjalanan hidup aku ni tak salunya indah setiap hari yang aku lalui pastinya ada panas ,hujan ,redup dan ribut.. Antara Cinta, Kasih dan Sayang Mungkin Tuhan sengaja mahukan aku bertemu dengan insan yang salah, Sebelum aku menemui insan yang betul, Walaupun akhirnya aku akan menemuinya, Agar aku tahu untuk bersyukur dengan nikmat pemberiannya. Ada hikmat disebalik pemberian-Nya, Pabila pintu kebahagiaan tertutup, Biasanya pintu yang tertutup itulah direnung lama, Hinggakan aku tiada terlihat pintu lain yang dibukakan buat aku. Sahabat yang paling baik adalah sahabat yang boleh duduk bersama di dalam buaian, Berbuai bersama tanpa sebarang kata, Dan kemudiannya berjalan pulang dengan satu perasaan itulah perbualan yang paling hebat, Benar aku tidak akan tahu apa yang telah aku punyai, Sehinggalah aku kehilangannya, Aku tidak tahu apa yang aku rindu, Sehinggalah ia datang, Jangan harapkan cinta sebagai balasan, Tapi nantikan ia untuk mekar, Pastikan ia terus mekar dalam syurga hati aku, Cinta, Kasih dan Sayang, Cuma seminit untuk jatuh hati, Sekadar sejam menyukainya, Sehari untuk menyintainya, Tapi sepanjang hayat untuk melupakannya, Kejarlah insan yang bisa mengukir senyuman di wajah kita, walau cuma sekuntum senyuman untuk mencerahkan hati nan suram, kejarlah dan carilah, Akan tiba waktunya, sehingga aku ingin menggapainya dari mimpi, dan memeluknya dengan sebenar, Hanya mereka yang bijak menghargai mutiara ini, Mampu menyentuh kebahagiaan, Cinta, Kasih dan sayang , Bermula dengan senyuman, Mekar dengan ciuman, Dan mungkin berakhir dengan tangisan. Hati ini akan sunyi, Sunyi dendangan suara lagu, Suara rengekan , Suara manja dari seorang insan, Insan yang ku letakkan antara cinta, kasih dan sayang.

1 comment:

Ezra said...

Nice blog.. salam kenal :)