Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami….
agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan
abadi…
Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku…
Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan
peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan…
Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan
merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah
kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa
yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau
maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…
Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan
di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan
engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah
aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat
membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan
kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
Amin.. Ya Rabbal A’lamin
Mohd Khairul Azri Azaman... 'Mengapa harus terus-terusan kau merejuk rasa !!! " Tidak wajar rasanya kau bertindak demikian... Pekara yang berlaku biarkan ia berlalu... Bangkitlah kau dalam meredah hari yang mendatang dengan kekentalan... "Bukakah kita anak warisan pahlawan !!!! " Anak timur yang pantang menyerah dalam segala hal... Terapkanlah perjuangan yang tidak berbelah bahagi.... Demi masa depan.. Tidak sanggupkah kau berkorban !!!
1 comment:
Banyak2 lah berdoa ye.. Jgn putus harapan.. :D
Post a Comment