MY PICTURE

ABOUT ME

My photo
MUAR, JOHOR, Malaysia
My nick name : BEE,

Wednesday, February 29, 2012

BEST PERSONALITY


CONVOCATION




Perjalanan yang jauh.... 
Akhirnya....

Ada Aper Dengan Title


Apakah Semua Ini


Click  this song before u read ..T.Q


Ya Allah .....
Apakah semua ini !!!!
Sepanjang hidup ini
Apakah ini anugerah baru-Mu untuk keselesaanku, atau hikmah-Mu untuk menyedari kesilapanku selama ini!!!
Sesungguhnya aku hamba-Mu yang terlalu lemah dan terlalu mengharapkan pemberian keimanan yang jitu untukku....

Aku sedar.......
Aku terlalu banyak melakukan kesilapan  dalam mengatur ruang kehidupan dan melakukan kesilapan dalam ruang pertalian persahabatan.....

Ya Allah....
Dengan rasa penuh keinsafan dalam diri...
Aku memohon ampun pada-Nya antara dengar dengan tidak...
Hanya untuk diri sendiri moga kesilapan yang tecalar tidak terus-terusan membakar perasaan......

Demi ruang kehidupan, aku harus tabah mendepani segalanya.......

Tiada Duka Yang Abadi Di Dunia

Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir,.... Hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani...
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta di jalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Kereta Idaman



Kepura-puraan

Ahhhhh...
Kehidupan apakah yang disungguhkan kepadaku ini!!!!!!
Dan sejauhmanakah ia akan mengujiku,serta sejauh mana pula ketabahanku untuk menempuh segala-galanya.....
Apa yang telah berlaku padaku?.
Jawapannya ialah ia telah mengubah aku menjadi orang yang suka berpura-pura....
Berpura-pura dalam segala hal...
Dalam meghadapi keluargaku dan kawan-kawanku...
Berpura-pura dalam mendepani masalah....
Segalanya aku berpura-pura...
Belum termasuk lagi kepura-puranku di kampus.....
Bagaimana aku menutup kesedihanku dengan cara menjadi seorang yang periang....
Segala-galanya adalah pura-pura....
Berpura-pura tabah dengan cara menekan perasaanku jauh kedalam hatiku.....
Tidak nampak pada mata orang lain,
Tapi ia menyiksaku dalam diam....
Tanpa siapa pun mengerti
Tanpa siapa dapat memahami
Aku sebenarnya memang lemah!!!!

Kekalutan,kegusaran dan kegawatan yang bersarang selepas aku tidak punya apa-apa.....
Sedikit sebanyak ia telah memberi proses perubahan yang bukan sedikit dalam diriku...

Pada detik ini,saat begini dalam kesendirian dan perjalanan hidup yang panjang ini...
Mampukah aku terus berlagak tabah!!!!
Mampukah aku terus berpura-pura!!!!


Andai Dia Miliku

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi… Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan…. Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya… Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya… Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini… Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh…. Amin.. Ya Rabbal A’lamin






Tentang Diri Aku....



Tentang diri aku....nama aku.. Tapi aku lebih suka org panggil aku BEE sebab ada satu peristiwa masa aku kecik aku di panggil BEE.. Aku ni ter sangat-sangat la sensitive.. Kisah tentang hidup dan diri aku ni terlalu rahsia.. Aku bukan mudah nak lupakan orang yang aku sayang... Aku bukan jenis yang touch and go.. Aku bukan macam tu , Sekali aku dah sayang kat orang tu selama-lamanya aku sayang.. Tapi Tuhan tidak menjanjikan hari-hari aku tanpa sakit , tertawa tanpa kesedihan , matahari tanpa hujan tetapi dia menjanjikan kekuatan untuk hari itu ,dan kebahagiaan untuk air mata dan terang dalam perjalanan.. Kekecewaan bagai polisi tidur , ini akan melambatkan tetapi aku akur dan selanjutnya akan menikmati jalan rata.. Akan ku teruskan melangkah ketika aku kecewa kerana aku tidak memperolehi apa yang aku kehendaki , Aku terima dan bergembir walaupun aku di dalam kekalutan , kerana aku yakin tuhan sedang memikirkan sesuatu yang lebih baik untuk diri ku..Saat terjadi atau berlaku sesuatu pada aku , baik atau buruk , di pertimbangkanlah hikmah di sebaliknya. Ada suatu hikmah di sebalik setiap kejadian dalam kehidupan , yang mengajar aku bagaimana lebih sering kali tertawa atau tidak terlalu keras menangis.. Aku tidak boleh memaksa seseorang mencintai aku ,dan apa yang dapat aku lakukan hanyalah membiarkan diri aku untuk dicintai , selebihnya ada pada orang itu untuk menilai diri aku.. Lebih baik kehilangan harga diri kepada orang yang mencintai aku daripada kehilangan orang yang aku cintai kerana harga diri aku.. Banyak yang perlu aku belajar tentang ape itu erti hidup?.. Belajar mengenal manusia dan sekali gus mengenali kehidupan.. Dan ape yang aku cari dalam kehidupan.. Emmm.. Memang mudah tapi terlalu mendalam makna sesebuah kehidupan itu.. Dan perjalanan hidup aku ni tak salunya indah setiap hari yang aku lalui pastinya ada panas ,hujan ,redup dan ribut.. Antara Cinta, Kasih dan Sayang Mungkin Tuhan sengaja mahukan aku bertemu dengan insan yang salah, Sebelum aku menemui insan yang betul, Walaupun akhirnya aku akan menemuinya, Agar aku tahu untuk bersyukur dengan nikmat pemberiannya. Ada hikmat disebalik pemberian-Nya, Pabila pintu kebahagiaan tertutup, Biasanya pintu yang tertutup itulah direnung lama, Hinggakan aku tiada terlihat pintu lain yang dibukakan buat aku. Sahabat yang paling baik adalah sahabat yang boleh duduk bersama di dalam buaian, Berbuai bersama tanpa sebarang kata, Dan kemudiannya berjalan pulang dengan satu perasaan itulah perbualan yang paling hebat, Benar aku tidak akan tahu apa yang telah aku punyai, Sehinggalah aku kehilangannya, Aku tidak tahu apa yang aku rindu, Sehinggalah ia datang, Jangan harapkan cinta sebagai balasan, Tapi nantikan ia untuk mekar, Pastikan ia terus mekar dalam syurga hati aku, Cinta, Kasih dan Sayang, Cuma seminit untuk jatuh hati, Sekadar sejam menyukainya, Sehari untuk menyintainya, Tapi sepanjang hayat untuk melupakannya, Kejarlah insan yang bisa mengukir senyuman di wajah kita, walau cuma sekuntum senyuman untuk mencerahkan hati nan suram, kejarlah dan carilah, Akan tiba waktunya, sehingga aku ingin menggapainya dari mimpi, dan memeluknya dengan sebenar, Hanya mereka yang bijak menghargai mutiara ini, Mampu menyentuh kebahagiaan, Cinta, Kasih dan sayang , Bermula dengan senyuman, Mekar dengan ciuman, Dan mungkin berakhir dengan tangisan. Hati ini akan sunyi, Sunyi dendangan suara lagu, Suara rengekan , Suara manja dari seorang insan, Insan yang ku letakkan antara cinta, kasih dan sayang.

Monday, February 20, 2012

Hati & Perasaan

Sekali lagi perasaan itu menjelma
Mengenang kembali pada diri yang sememangnya banyak kelemahan
Terasa bahawa ak sangat lemah di dunia ni
Sering meminta daripada Sang Pencipta ketika aku berhajat pada sesuatu

Tapi malangnya,aku sering derhaka terhadapNya
Aku malu..aku takut
Tapi ak selalu lalai..dan aku selalu berharap kepadaNya

Aku tak tau kenapa perasaan ini bercmpur baur
Ketika ini semuanya masih samar..aku suka..aku kecewa..ak sedih dan ak bimbang

Aku suka mengenali mereka di sini
walaupun tak pernah bersua,tapp merekalah yang lebih memahami perwataknku yang tersembunyi itu
personaliti yang tak dapat dizahirkan kepad sesiapa di luar sana

aku kecewa pada diri aku sendiri
pada suatu masa,aku kecewa kerana aku tak sehebat sesiapa
kadangkala, aku kecewa kerana mereka lebih tabah daripada aku
pada suatu masa, aku kecewa kerana aku tak mampu menyerupai mereka
tak berdaya berlagak bahagia..tak mampu meluahkn emosi tersiratku kepada seseorang

aku turut berasa sedih dengan kisah perjalanan hidupku
yang membawa aku menyelami sesuatu yang tidak diakui oleh lumrahNya
sedih kerana aku tak mampu memenuhi jangkaan mereka di luar sana
sedih kerana aku bukanlah sepert I yang mereka sangkakan
sedih kerana aku lemah menghadapi dunia yang ini
sedangkan baru secebis ujian dilemparkan

malah aku bimbang tidak sempurna di hadapan sang Pencipta
kerana gagal memenuhi permintaan atau arahanNya
sedangkan sudah berkali-kali aku diberi peluang
dilema aku antara perasaan dan peraturan
maafkan ak Ya Allah..ampunkanlah aku
sungguh aku belum mengetahui kesudahanku nanti..:(