Allah Maha Besar
Doa
Iftitah Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi
Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah
diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku,
Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak
ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan
bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan
nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi
Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang
menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya
kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha
Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan
ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya
Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah
darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala
penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera
atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera
ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya
Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas
Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala
penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera
atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera
ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya
Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas
Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke
atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan
atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas
keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji
lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya
Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan
padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau
tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak
sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak
mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya
Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala
macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta
ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi
yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
"wahai
tuhan ku tak layak kesyurgamu ..namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya allah j
adik an lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang
telah meninggal dunia"