Tidak pernah aku mengundang derita ini
dan tidak pula aku menghalau kebahagiaan itu...tetapi terheret jua aku ke
lembah sepi nan usang, menerokai jiwa yang gundah, terfikirkah aku betapa
cengkaman rindu dan gerimis duka kenangan silam terus menghambat...pedih
kemelut cinta ini tidak terungkap dik kata sayang kerana hati ini telah mungkir
pada jiwa yang mahu terus bersendiri....
Apakah hakikat ini aku akan terus berlari
dilambung ombak lara dan terus berkelana dengan jiwa nestapa.Terimalah diriku seadanya....kerana diriku jua akan menerimamu seadanya....
No comments:
Post a Comment